Thursday, April 20, 2017

Jom Bercuti ke Sunway Lagoon!

Assalamualaikum.. Hi guys!

OMG! Bulan Ramadhan hampir tiba! Tazabarnyew nak puasa, nak solat, nak makan, nak makan, nak makan. Eh, (sila perbetulkan niat anda, Masliza) :P Well, aku bukan nak cerita pasal bulan puasa nanti. Tapi aku nak cerita kat korang pasal how to have fun at Sunway Lagoon. Weee!!!

Dah nak dekat bulan puasa ni kan? Mesti ramai yang dok memikio kat mana nak habiskan masa berkualiti bersama keluarga sementara boleh makan in public waktu siang ni? Nak, nak pulak family yang jarang-jarang bersama kerana kesibukan bekerja dan anak pun bersekolah semua. Pastu nanti kalau dah nak bercuti bersama keluarga, nak kena jugak pikir kat mana nak berehat? Ada ke hotel yang dekat dengan shopping mall, yang boleh anak-anak pun berseronok sekali. Apa pulak aktiviti yang parents can do, the children can do too, kan? Tu belum lagi kira budget lagi tu. Fuh, nak bercuti je pun. Tapi jenuh nak kena pikir itu ini. 

Well parents, say no more to dizziness! Di Sunway Lagoon, semua ada! Like seriously, aku sangat-sangat merecommendkan Sunway Lagoon as the place that you should book in order to relax and release your stress and have fun! Guys, kita sedia maklum bahawa di Semenanjung Malaysia terdapat beberapa buat taman tema air, tapi one thing yang korang tak tahu pasal Sunway Lagoon ialah Sunway Lagoon diiktirafkan sebagai taman tema yang terbaik di Malaysia. 

Sunway Group, which is the sebuah nama yang besar dalam industri pembangunan yang mengoperasikan Sunway Lagoon ni. Kenapa aku sangat-sangat mengesyorkan korang untuk ke Sunway Lagoon? Adalah kerana di Sunway Lagoon bukan sahaja ada taman tema air yang memang daboom, malahan ada jugak hotel, dan dan dan... ada shopping mall! Lengkap semua keperluan yang kita perlukan. Dengan keluasan 88 ekar, Sunway Lagoon mempunyai enam tema tarikan dunia! Enam weh! Bukan sikit tau! Kat bawah merupakan taman-taman tema yang terdapat di Sunway Lagoon:-

1. Nickelodeon Lost Lagoon

2. Water Park

3. Amusement Park

4. Wildlife Park

5. Scream Park

6. Extreme Park

Yang paling menjadi tumpuan adalah Water Park. Amacam??? Banyak kan? Takkan habis satu hari punyalah gais! Eh, ada lagi. Terdapat jugak permainan air yang terkenal seperti Monsoon 360, Vuvuzuela, Congo Challenge, Surf Beach, Waterplexx, Flowrider dan banyak lagilah! Kalau senarai satu-satu memang berjela nanti kang! Korang kena pergi sendiri ke Sunway Lagoon dan rasai sendiri. Selain tu, terdapat juga beberapa shows yang akan dimainkan pada certain-certain waktu untuk, of course to cheers you guys up such as Call for Celebration, Spongebob & Patrick Meat And Greet dan Mali Cove Dance Show serta lain-lain lagi.

Kalau dah aku kabo tak cukup satu hari nak have fun kat Sunway Lagoon ni, of course lah ada kena hotel untuk korang rehat. Nanti tak puas, kalau tak habiskan semua parks yang ada! So, don't worry! Aku akan listkan untuk korang, hotel-hotel yang berdekatan dengan Sunway Lagoon ni. Senang korang boleh pilih, mana-mana hotel yang korang berkenan. And here is one thing that very vital, kalau korang book bersama Traveloka, akan ada lagi berganda untung! Sebab dapat promotion untuk bermalam di hotel yang korang book. Nak promotion, ingat Traveloka! :) So, here is a list of hotels in Sunway Lagoon yang korang boleh survey before book.

1. Sunway Resort & Spa
Sunway Resort & Spa Hotel terletak betul-betul bersebelahan dengan Sunway Lagoon. Kalau korang datang je ke Sunway Lagoon, korang akan nampak pintu gerbangnya yang mewah dan sungguh mengalu-alukan kedatangan korang. Hotel ini menyediakan tiga jenis bilik dan suites untuk korang pilih iaitu Premier Rooms, The Club & Suites dan The Villas. Untuk setiap jenis bilik dan suites ini pulak terdapat lagi pilihan-pilihannya. Sebagai contoh, Premier Rooms menyediakan dua jenis pilihan iaitu Premier Room dan Premier Park Room, Manakala bagi The Club menyediakan lima jenis pilihan iaitu Club Room, Junior Suites, Executive Suites, Premier Suites dan Presidential Suites. Bagi The Villas pulak, terdapat tiga jenis pilihan iaitu The Villa, Premier Villa, dan Deluxe Villa. Berdasarkan review para tetamu yang berpengalaman meginap di sini, kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa saiz bilik yang disediakan cukup besar dan selesa.

2. Sunway Pyramid Hotel
Sunway Pyramid Hotel yang telah diubahsuai semula yang dahulunya dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel East terletak berdekatan dengan Sunway Resort & Spa dan turut dimiliki oleh syarikat gergasi yang sama, Sunway Pyramid Hotel mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 564 buah bilik dan suite. Sunway Pyramid Hotel menyediakan lima jenis pilihan untuk dipilih iaitu Deluxe room, Deluxe Park View Room, Deluxe Executive Room, Family Room dan Family Suite. Kadar harga bilik di hotel ini bermula dari RM400. 

3. Sunway Clio Hotel
Sunway Clio Hotel ni sebenarnya kembar kepada Sunway Pyramid Hotel tau. Kalau Sunway Pyramid Hotel tu nama dahlunya Sunway Pyramid Hotel East nya, hah ni kembar dia belah barat pulak. Sunway Pyramid Hotel West. Tapi tu dulu lah :D Sunway Clio Hotel ni mempunyai jumlah bilik keseluruhan sebanyak 401 buah. Sunway Clio Hotel menawarkan empat jenis pilihan kepada tetamu untuk dipilih. Pilihan-pilihannya ialah Superior Room, Superior Park View Room, Superior Executive Room dan Superior Executive Park View Room. Kadar hotel empat bintang ini bermula dari RM400. Yang bestnya, hotel ni bercantum terus dengan bahagian Barat Sunway Pyramid Shopping Mall!

Apa lagi? Jomlah serbu Traveloka dan book di Traveloka pada percutian kali ni untuk dapatkan promosi yang takkan dapat di mana-mana. Dan aku; BLOG EYJA mengucapkan selamat bercuti dan have fun guys!!! :D

8 comments

  1. lama tak pegi sana.. bolehla plan.. tapi tengah sunburn lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah lagi. hehehe. plan dengan traveloka tau nanti :)

      Delete
  2. Sunway Lagoon! Lamanya tak pergi sini. Dah mahal tiket sekarang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah akan dapat promotion hotel dengan traveloka. book cepat-cepat! :)

      Delete
  3. bestnya, tempat wajib pergi ni dengan anak-anak. Tunggu anak besar skit, baru syok main sekali... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh-boleh! nanti jangan lupa share entry! :P

      Delete
  4. Sunway Lagoon dalam perancangan sis, in shaa Allah..
    Memang menarik Eyja, tak perlu pergi jauh semua ada di situ, hihihi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wohaa! Semoga perancangan LZ berjaya! Nanti mention eyja tau bila buat entry! Hehe <3

      Setuju. Nak mall, klinik, relax, having fun and all that semua ada kat Sunway Lagoon! :)

      Delete


"Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit pandangan orang,
Budi bahasa tangkaian hati."

Berbudi dan berbahasalah seolah-olah esok kita akan mati.
Be courteous like it seems we are going to die tomorrow.

- http://www.blogeyja.com

© Reedit by Eyja Masliza for Blog Eyja Dot Com. Design by FCD.