Thursday, April 6, 2017

Giveaway eCards Raya ; Nostalgia Puasa Zaman Kanak-kanak

GIVEAWAY RAMADHAN & SYAWAL 2017

Thanks tagged eyja, Cik La. Ahaks xD Semoga CikLa sukses dalam GA ni, eheks xD

Jap, nak tag rakan blogger yang lain..

Alright, fuh.. Bismillah.. Ada 3 cerita yang eyja ingat. Siap call Mak iols tau, tanya kesahihan cerita. hahahahahahahah. Cerita ni semua berlaku masa eyja umoq 6-7-8-9 tahun rasanya.

Cerita pertama:
 Masa dah nak dekat raya, kan dah ada jual kuih raya semua kan? So eyja pulak suka makan almond london, Sebab mungkin coklat pastu ada kacang tu kan sedap.. So setiap hari mesti akan hilang 3-4 bijik. Tak dan raya hang! Habih kupulun sorang jah! Tapi ambiknya senyap-senyap je konon tak nak kantoi dengan Mak Abah. Padahal Mak Abah boleh je syak sebab kuihnya dah takde. Tonyong gile kalau ingat. Selalu first day raya mesti takkan ada almond london, sebab dah habis.. Time tu Abah tanyalah mana almond london, Mak jawab dah jadi taik adik dah. Hahahahahahahahah sorry Abah tak dan nak bagi Abah rasa. Sebab Abah pun suka almond london tu tapi takkan dia nak makan masa bulan puasa malam kan dah makan nasik pastu terawih pesemua. Sampai waktu sepatutnya makan kuih raya, kuih habis hahahahahahah. Abah tetap beli jugak walau dia tahu anak dia makan senyap-senyap, sebab kasih seorang ayah nak anaknya kenyang dan selera makan. Sayang Abah! <3

Cerita kedua:
 Time ni tadika dengan darjah satu kot? Balik je sekolah, minum air. Tak makan tau! Minum je. Pastu Mak marahlah, kan? Yelah, paginya puasa, balik minum. Tau eyja jawab apa? "Takpe, minum bolehlah Mak. Makan yang tak boleh, Adik puasa lah balik. Bukan makan pun." 

Cerita ketiga:
 Time solat terawih, eyja bukannya solat. Tapi duduk kat belakang jemaah lain, bersandar. Tunggu makanan. Kan moreh deme bagi semua sedap-sedap. Fuh balik kenyang bhai!

So, tulah cerita-cerita nostalgia puasa zaman kanak-kanak eyja. Heheheh Seronok kadang bila imbas balik kenangn dulu-dulu. Ada duka, ada suka. Adat sebuah kehidupan. Tapi jaranglah kita masa kanak-kanak menghadapi masalah macam bila kita dewasa ni. Sebab kanak-kanak ni kan anak Syurga. Bahagia sentiasa. Sampai ramai up status nak kembali ke zaman kecik-kecik. Sebab riang je tanpa masalah. Huhuhu. Pendapat masing-masing. :)

Zaman anda pulak macam mana? Ceritalah :)

12 comments

  1. tag sis di sini http://airahsyahirah.blogspot.com/2017/04/sunshine-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih share. sha pun suka jugak almond london hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha welcome doll. kaannn! sedap kan!

      Delete
  3. Amboi nakal naa... Tp almond London mmg sedap... I like too... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah cikla pun suka almond london jugak! omg! <3

      Delete
  4. Fuhh boleh tahan nakal jugak awak ni eh hahahahha. Cerita ketiga tu tak tahan datang sebab makanan ajo hahahhaha

    Thanks join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha dah makanan tu penting! hehehehe :D

      Delete
  5. Baru tahu Eyja ni nakal. Hehe ^-^

    ReplyDelete

© Blog Eyja. Design by Fearne.