Saturday, March 18, 2017

Budak-budak Zaman Sekarang

Image result for couple selfie cartoon

   Bebudak laa ni, kalau dating tu. Fuh tak ingat dunia. Orang yang menengok yang mengucap. Tadi petang aku keluaq pi makan McD. Okay takpelah. Dah duduk-duduk sambil makan, sekali member aku cakap:
"Kau tengok jam 11 aku, dari tadi dari kita memula duduk, bebudak ni dok selfie tak habis-habis."
Dan yeap, memang betul, sampai kami dah angkat punggung beqamboih pun depa dok elok kejap lagi gambaq angle belah sini, sat nih belah nun pulak. Nyaris aku tak belah je bebudak dua ekoq ni.

   Kalau kawan sejantina takpe, ni tak......! Pakwe makwe! Jap gi si perempuan dok tonyoh bukit dia kat bahu jantan tu, jap lagi jantan tu dok duckface. Haish! Sedangkan sebelah meja depa ada je anak-anak kecil (anak-anak Syurga) yang makan.. Tak malu ke.......Geram tengok. Perangai tak menggambarkan pemakaian langsung. Masa kitorang nak blah tu, aku pandang sampai hat betina jantan tengok aku baru aku pusing blah teruih. Harap lepas kami balik tu, semenggah lah sikit perangai tu. Hish...

6 comments

  1. Zaman sekarang, susah nak jumpa pasangan yang reti behave.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaan.. Bukanlah nak kata kita baik bebeno ada jugak pakwenye tapi tahulah adab di tempat awam, kan?

      Delete
  2. amboi kemain lama dorang selfie. entah2 beratus dah gambar dlm album masa dorang duduk situ huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Japgi uploadnya satu jugak hahaha. Selfie lantak situlah tapi deme tu dahlah berdua lain jantina dok tergedik sini, terkinja sana... malu agama lain nengok :|

      Delete
  3. biasalah budak zaman sekarang, dah kurang adab nya... semoga mereka insap lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau dengan generasi akan datang. moga kita semua sempat bertaubat. :')

      Delete


"Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit pandangan orang,
Budi bahasa tangkaian hati."

Berbudi dan berbahasalah seolah-olah esok kita akan mati.
Be courteous like it seems we are going to die tomorrow.

- http://www.blogeyja.com

© Reedit by Eyja Masliza for Blog Eyja Dot Com. Design by FCD.